Kempen Internet Selamat (Lindungi Data Peribadi)

3 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Mei 2026, telah diadakan Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk “Lindungi Data Peribadi” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini boleh ditonton secara atas talian.

Sesi webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan menjaga maklumat peribadi ketika menggunakan internet dan media sosial. Peserta didedahkan dengan langkah keselamatan seperti menggunakan kata laluan yang kuat, tidak berkongsi maklumat sensitif sewenang-wenangnya, mengenal pasti penipuan dalam talian serta mengelakkan pautan atau aplikasi yang mencurigakan. Kempen ini bertujuan membentuk pengguna internet yang lebih berwaspada, bertanggungjawab dan celik keselamatan siber dalam melindungi privasi diri daripada ancaman jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali